Showing posts with label Gold Accumulation Program. Show all posts
Showing posts with label Gold Accumulation Program. Show all posts

Monday, 8 February 2016

Cara Kiraan Susut Nilai (Spread) Emas


Berikut adalah Harga Jualan (PG Sell) dan Harga Belian (PG Buy) Public Gold pada 09-Feb-2016 jam 12.30pm. Semua harga ini dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga emas pasaran dunia. Kecuali harga Gold Accumulation Program (GAP) yang dikemaskini sekali sehari setiap jam 12 tengah malam.

Contoh pengiraan spread emas adalah seperti berikut:

10 Gram
(PG Sell -PG Buy) / PG Sell x 100
= (1,744 - 1,605) / 1,744 x 100
= 139  / 1,744 x 100
= 8%

10 Dinar
(PG Sell -PG Buy) / PG Sell x 100
= (7,414 - 6,932) / 7,414 x 100
= 482  / 7,414 x 100
= 6.5%

Kesimpulannya, lebih berat emas fizikal yang dikeluarkan, lebih kecil susut nilainya.


Berat PG Sell PG Buy Peratus susut nilai
1 gram 175.00 160.00 8.57%
5 gram 875.00 803.00 8.23%
10 gram 1,744.00 1,605.00 7.97%
20 gram 3,481.00 3,237.00 7.01%
50 gram 8,662.00 8,099.00 6.50%
100 gram 17,243.00 16,209.00 6.00%
250 gram 42,565.00 40,437.00 5.00%
½ Dinar (2.125g) 372.00 341.00 8.33%
1 Dinar (4.25g) 741.00 682.00 7.96%
5 Dinar (21.25g) 3,707.00 3,447.00 7.01%
10 Dinar (42.5g) 7,414.00 6,932.00 6.50%

Di atas adalah jadual susut nilai emas Public Gold pada 09-Feb-2016. Untuk harga emas terkini, boleh lawati website Public Gold. Hubungi saya untuk cara pembelian emas Public Gold yang boleh dilakukan dari seluruh dunia 24 jam sehari, 365 hari setahun.

Saturday, 23 January 2016

Program Akumulasi Emas (Gold Accumulation Program - GAP) Public Gold

 
Public Gold merupakan syarikat pertama di Malaysia yang melancarkan Program Akumulasi Emas (Gold Accumulation Program - GAP). Program ini bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah 1 gram emas sahaja. Program ini disokong 100% oleh emas fizikal. Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan di dalam Akaun GAP ke dalam bentuk jongkong atau dinar emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Ciri-ciri & Kelebihan
  • Pembelian minimum 1 gram emas
  • Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24k)
  • Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9 (24k)
  • Tiada yuran simpanan
  • Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
  • Boleh keluarkan semua emas yang disimpan pada bila-bila masa, cuma jika tidak tinggalkan baki 1 gram akaun GAP dianggap tidak aktif. Bila hendak aktifkan semula akaun, Public Gold aka kenakan caj RM50.
  • Pengeluaran sekurang-kurangnya 1 gram emas fizikal
  • Diaudit oleh juruaudit bebas
  • Urusniaga bila-bila masa (24 jam sehari, 365 hari setahun), dimana jua (dengan capaian internet). Boleh beli dan jual secara online.
  • Pengeluaran emas fizikal akan dikenakan Caj Gold Premium sebagaimana pembelian emas fizikal Public Gold yang lain. Jika emas fizikal tidak dikeluarkan, caj gold premium tidak dikenakan.